nuff is not enuff

Friday, February 28, 2014

Hati

Langit itu mendung sekali,
Seperti mana mendungnya hati ini.

Kelihatan beburung berterbangan di luar jendela,
Bebas sekali,
Kebebasan itu kulihat dari kaca mata seorang manusia.

Jika menggunakan mata si merpati,
Pasti aku lebih mengerti,
Akan masalah si merpati,
tanpa terus terjun kepada konklusi.

Ya Rabb,
Terasa bersalah diri ini,
Terasa hinanya diri ini,
Kerana raja diri terus terusan menghukum,
Tanpa menghakimi.

Wahai raja diri,
yang bernama hati,
buang lah palitan hitam ini,
andai ia malignant amat payah sekali.

Wahai raja diri,
Bantu lah kerajaan diri ini,
dengan tuntunan kasih ilahi,
Untuk lebih menyayangi.






No comments:

Post a Comment