Maka pupuklah dia, supaya kebaikan itu menjadi asam garam dalam
dirinya.
Itulah yang dikatakan SAYANG :)
menyayangi seorang sahabat itu bukanlah perkara yang menyusahkan,
sebaliknya ia satu yang menyenangkan,
bukankah Islam itu sendiri kaya dengan kasih sayang,
bukankah Allah itu MAha Pengasih dan Maha Penyayang,
bukankah Rasulullah itu individu yang penuh dengan kasih sayang,
maka kita sebagai umatnya juga seharusnya begitu,
menyayangi seorang sahabat dan berusaha untuk memelihara AIB nya, berusaha untuk bersabar dengannya, berusaha untuk bersangka baik kepadanya dan berusahalah untuk tidak memburuk-burukkannya.
Jika dia boleh bersabar dengan segala perlakuan mu, masakan kamu tidak boleh bersabar dengannya?
Jika mahu menegur ada caranya, bukan dengan cara menengking2, bukan juga dengan cara menghina, bukan juga dengan cara mengutuk-ngutuk, tapi pilih lah cara yang lebih hikmah, lebih lembut. In shaa Allah, dengan kelembutan, manalah tahu hatinya akan lebih lembut dan boleh menerima teguranmu dengan tenang.
(','*)~kerana sesungguhnya, teguran Allah itu datangnya dari sesiapa sahaja,maka bersyukurlah kerana mendapatkan teguran, kerana Allah sayang KAMU! :D dan orang yang menegur itu juga menyayangi dirimu.
~fikir-fikir~ :)

No comments:
Post a Comment