nuff is not enuff

Saturday, March 19, 2011

La Tahzan 2

YG LALU  BIARLAH  BERLALU..
Mengingati  masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian kita bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalam nya merupakan  suatu tindakan bodoh  dan gila. Itu  sama ertinye dengan membunuh   semangat, membunuh harapan  dan  menghalangi  orang lain untuk  menjalani kehidupan seadanya.
 Bagi  orang yang berfikir  peristiwa  tersebut akan  dilipat  kemas  dari kotak  ingatan nya.. kerana   peristiwa tersebut  telah berlaku  dan  hanya  sebahagian  daripada masa lalu.
Dengan demikian  tiada lagi kesedihan  dan tida lagi kedukaan dan kegagalan..
janganlah anda hidup  di  bawah  bayang-bayang masa lalu..akan tetapi  bangkitlah  dari kegagalan tersebut..
kegagalan tersebut  seharusnya  kita  aplikasikan  untuk  merefleksi diri  kita. Bermuhasabah untuk memperbaiki  diri  untuk  menjadi  seorang  insan  yang  lebih  kuat  akan  dugaan  hidup.
  Setiap  cabaran  yang  di  terima  perlulah  di lalui    dengan  tenang  dan  yakin  bahawa  Allah  menguji kerana ingin  menunjukkan  rasa  sayang-Nya,,  Kerana  sesungguhnya ALLAH itu  Maha  Pemurah lagi Maha Penyayang.  ingat  lah  kegagalan  yang lepas  itu seharusnya  di aplikasi  sebagai  katalis  untuk   memandu  diri  untuk  menjadi  hamba Allah  yang benar2  taat..
  setiap  orang  berbuat  silap  dan  dari  kesilapan  itulah  mereka  belajar  akan makna  hidup.. dan  belajar untuk memaafkan  diri..

No comments:

Post a Comment